Rabu, 26 Ogos 2015

ini post yg trigger aku kembali blogging.


kesian bdk tu. masa aku kecik dlu ayah hantar pegi skolah naik basikal tua. singgah breakfast kat kedai kopi minum air pki piring sbb bagi air cepat sejuk. balik skolah singgah kedai lagi minum air laici pulak. masa tu ayah tak mampu beli moto lagi. turn out tu la antara kenangan paling indah yg aku ingt smpi skrg.

Sabtu, 7 Disember 2013

ENTRY UNTUK AHLI MESYUARAT TINGKAP

Kata Imam Ghazali, dosa perbuatan mengumpat (ghibah) adalah lebih berat daripada 30 kali berzina, manakala dosa fitnah setara dengan jenayah pembunuhan.

Sebuah hadis daripada Jabir dan Abi Sa’id menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Awasilah perbuatan mengumpat, kerana mengumpat lebih berat daripada zina. Sesungguhnya orang berzina yang bertaubat akan diampunkan oleh ALLAH SWT, manakala orang yang mengumpat tidak akan diampunkan dosanya sehingga dia dimaafkan oleh orang yang diumpat.


Isnin, 21 Oktober 2013

holier than thou : episod kain sendiri pun koyak jugak



senah tonggek: kau nak tau tak kiah? (sinsing lengan)

kiah janda: apa dia senah? aku ni walaupun sembahyang tak tinggal tapi
            kalau pasal mengumpat aku tak tolak. makanan harian aku tu.

senah tonggek: kau nak tau? anak munah, si esah tu bunting sebelum kawin?
               Hishh camna la dia ajar anak agaknya kan? nasib baik anak aku
               jijah tu tak buat perangai camtu. dok kl sorang² pun tak jadi
               apa. pandai anak aku jaga diri.

bukan sekadar gambar hiasan




** kalau lah senah tonggek tau dah berapa ramai jantan dan betina
yang dah jamah anak 'dara' dia masa kat kl......

Jumaat, 11 Oktober 2013

Holier than thou - prolog

ho·li·er-than-thou (hl-r-n-ou)
adj.
Exhibiting an attitude of superior virtue; self-righteously pious.




1. Holier-than-thou
When a person has taken the moral high-ground or are just up themselves, they are being "Holier-than-thou". Holier-than-thou literally means, holier than me or better than me.
Just because I made one stupid mistake doesnt mean Britney gets to give me this holier-than-thou attitude!

2. holier-than-thou
acting like one is superior to others, condescending
I hate that bastard's holier-than-thou attitude.

3. holier-than-thou
Refers to someone that is stuck-up, or a snob. They must ALWAYS be the leader, and they are always a good leader. Ironically, they always have numerous faults, but never EVER admit to them.

Rabu, 9 Oktober 2013

Ops Sikap 2013

         Dalam Ops Sikap Ke-25 sempena Tahun Baru Cina pada Februari 2012, penurunan statistik Ops Sikap iaitu sebanyak 155 kes kemalangan maut melibatkan 168 kematian berbanding Ops Sikap Ke-24 pada tempoh yang sama, iaitu 183 kes kemalangan maut, membabitkan 199 kematian. Tapi takda pulak akhbar laporkan kes kemalangan nyawa akibat gaduh laki bini berebut nak balik raya rumah mak bapak masing².  Kalau ada statistik kan bagus. boleh buat pedoman untuk laki bini, mak bapak yang berebut suruh anak balik rumah masing².


sekadar gambar hiasan

      Adalah molek jika musim² perayaan ni KERAjaan turut melancarkan OPS SIKAP BERTOLERANSI. Sedarkan para isteri tempat mereka disisi suami, sedarkan para suami tempat mereka disisi ibu mereka. Sedarkan ibu bapa yang anak mereka dah kahwin supaya bertoleransi. jangan buat perangai lahanat tiap kali raya suruh balik rumah sendiri. raya puasa balik rumah sendiri, raya haji balik rumah sendiri, raya cina balik rumah sendiri, bla bla bla. 

Musim raya ni musim untuk semua orang belajar terima hakikat, yang mana perempuan baru kawin tu
belajar hakikat korang dah ada laki. tempat korang sekarang kat sisi laki. Pada mak bapak yang anaknya baru kawin tu terima lah hakikat anak korang bukan lagi tanggungjawab korang. Pada laki yang baru kawin tu terima la hakikat bini ada 4 orang pun keutamaan korang tetap pada mak korang.


 


**nasib baik bini aku jenis ikut laki**

Khamis, 19 September 2013

Akedemi fantasial

beliau : akedemi fantasial bukan nak amik orang tau nyanyi. derang nak yang tak tau nyanyi sebab nak ajar.       dah nama pun akedemi.

aku: eh? (muka kaget)

moral:  setakat minat je kalau takda bakat tak guna juga kan?




mukadimah

jaga² aku dah nak start blogging balik ni. bak kata orang tak elok simpan dalam hati.
nanti merana diri. baik kita publish kan? mudah-mudahan ada yang terasa keh keh keh